Slps tingkatan 3 aku berpindah ke sekolah teknik di shah alam.Pertama kali merantau ke tempat org.mcm2 perasaan ada ketika itu.sedih kerana berjauhan dgn keluarga..berpisah dgn kawan2 di sekolah lama,gembira kerana masuk ke sekolah baru..dpt kawan baru cikgu2 baru dan mcm2 lagi..
selesai minggu orientasi, kami di benarkan pulang..gembira tak terkata...selesai mengemas pakaian aku terus menuju ke tempat menunggu bas..ramai juga pelajar lain yg hendak ke kuala lumpur..termasuk aku..apabila sampai ke kuala lumpur..aku terpinga pinga..arah mana yg harus aku lalui utk ke puduraya..ini pertama kali aku menjejakkan kaki di kuala lumpur..lalu aku bertanya kpd pemandu bas..pemandu bas memberikan arahan lalu aku cuba utk mengikut laluan yg di berikan..entah mcm mana aku tersesat di sekitar pasaraya UO..hati mula gelisah, tak tentu arah..tiba2 aku ternampak beberapa buah bas ekspres...lalu aku mendapat idea..lebih baik aku tgk dari mana arah bas ekspress itu dtg..barulah aku tau di mana sebenarnya puduraya.aku terus membeli tiket bas KL tg malim..Alhamdulillah aku selamat smp di rumah org tua ku..
No comments:
Post a Comment